Titisan cegah kanser

 

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.

Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan. Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.

Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.

Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.

Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.

Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.

Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.

Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.

Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.

cellfood terapi oksigenApabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.

Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.

Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.

“Kanser Prostat” Awas serangannya…

Apakah kanser prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan.

Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Punca punca kanser prostat

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

    1. Usia

Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.

    1. Sejarah keluarga

Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

    1. Hormon

Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala kanser prostat

Gejala kanser prostat:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala kanser prostat ini, Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa kanser prostat.

Diagnosa kanser prostat:

  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test – adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) – Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
  4. Biopsy – hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X’Ray.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI) – MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:

  • Peringkat 1 Kanser (<5%) terletak di prostat .
  • Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang

CELLFOOD: MENCEGAH PENYAKIT KANSER PROSTAT ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

CELLFOOD PENAWAR KANSER PAYUDARA

kanser payudaraKesibukan bekerja keras mencari wang ringgit setiap hari untuk membiayai pendidikan anak-anak di seberang laut menjadikan saya selalu keletihan dan rasa hidup tertekan. Akibatnya secara tidak sedari saya telah mengabaikan penjagaan kesihatan diri hinggalah suatu hari iaitu pada bulan Jun 2000 bahagian dada saya rasa sakit dan gatal. Untuk mengetahui apa yang terjadi, saya pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Saya merasa sungguh terkejut dan hampir tidak percaya bila doctor memberitahu saya telah terkena penyakit KANSER PAYUDARA dan sudah memasuki peringkat ketiga.

Pada ketika itu saya berasa sangat sedih dan menyesal kerana tidak mementingkan penjagaan kesihatan diri sehingga diserang penyakit yang boleh membawa maut ini. Walaupun demikian saya tidak boleh berputus asa dan menyerahkan kepada takdir semata-mata untuk menentukannya. Saya perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa saya yang amat berharga. Akhirnya setelah berbincang dengan semua ahli keluarga saya bersetuju untuk menjalani rawatan kimoterapi serta elektro terapi memandangkan penyakit saya ini sudah parah.

Berita sedih ini akhirnya sampai kepada anak saudara saya yang bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat. Tanpa membuang masa beliau terus mengirimkan kepada saya sebotol cellfood yang menurutnya mampu melawan dan mematikan sel-sel kanser.

Kebetulan seorang rakan telah mengajak saya untuk menghadiri satu seminar mengenai kepentingan oksigen untuk kesihatan manusia. Saya berasa sangat hairan bila ditunjukkan produk yang mereka bawa kerana ianya sama dengan yang dikirimkan oleh anak saudara saya gunakan ketika itu. Di dalam seminar itu juga telah diterangkan dengan lebih terperinci bagaimana oksigen boleh membunuh sel-sel kanser. Mulai hari itu keyakinan saya terhadap cellfood semakin tinggi dan harapan untuk saya pulih ada besar.

Sepanjang tempoh terapi saya telah minum cellfood di antara 50 hingga 100 titik setiap hari. Saya benar-benar dapat merasakan ia membantu mengurangkan kesan sampingan dari rawatan terapi yang saya hadapi berbanding dengan rakan-rakan yang senasib dengan saya yang sedang menjalani rawatan di hospital ketika itu. Rambut saya tidak gugur, tenaga di dalam badan tidak berkurangan malah selepas terapi yang ke-4 saya telah pergi melancong ke Australia dan mampu berjalan jauh di sana untuk membeli belah.

Akhirnya sekali selepas setahun melawan penyakit ini saya telah mendapat khabar gembira dan disambut dengan linangan air mata bila doktor yang selalu melakukan pemeriksaan terhadap saya memberitahu penyakit yang saya hadapi selama ini telah sembuh sepenuhnya. Ketika itu saya menarik nafas lega dan berasa seperti dilahirkan semula.

Pada masa sekarang saya dapat menjalani kehidupan yang normal dan sangat yakin dengan kemampuan cellfood untuk menyelesaikan banyak masalah kesihatan.

Ex-breast cancer patient : Kelly Low, KL