“Kanser Prostat” Awas serangannya…

Apakah kanser prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan.

Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Punca punca kanser prostat

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

    1. Usia

Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.

    1. Sejarah keluarga

Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

    1. Hormon

Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala kanser prostat

Gejala kanser prostat:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala kanser prostat ini, Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa kanser prostat.

Diagnosa kanser prostat:

  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test – adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) – Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
  4. Biopsy – hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X’Ray.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI) – MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:

  • Peringkat 1 Kanser (<5%) terletak di prostat .
  • Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang

CELLFOOD: MENCEGAH PENYAKIT KANSER PROSTAT ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>