Soalan Lazim

Adakah CELLFOOD sejenis ubat ?
Tidak, CELLFOOD bukan sejenis ubat. Ia diklasifikasikan sebagai nutrisi tambahan.

Berapa lama tempoh hayat simpanan CELLFOOD?
Tempoh hayat simpanannya adalah tidak terhad. Kajian terkini terhadap sampel 25 tahun menunjukkan kemujarabannya telah bertambah.

Bagaimana badan menyerap CELLFOOD?
Nutrien dalam CELLFOOD adalah dalam bentuk koloid. Zarah koloid adalah sangat seni (berdiameter 4 – 7 nanometer), dan disebabkan oleh Fenomena Pergerakan Brownian, ia mengambil cas negatif (ionik) dan kekal terapung di dalam cecair. Oleh sebab kebanyakan bendalir badan berbentuk koloid dan bercas negatif, badan akan menganggap CELLFOOD sebagai bendalir badan sihat yang normal dan membenarkan nutrien itu melepasi membran sensitif mulut, kerongkong dan esofagus, terus ke dalam.

Bagaimana ia bertindak?
CELLFOOD membolehkan penghasilan oksigen nasen dengan pemisahan molekul air dalam badan menjadi atom oksigen nasen dan hidrogen nasen. Dalam istilah biokimia, satu atom oksigen yang baru dilahirkan adalah bercas negatif (O-). Radikal bebas (yang dipercayai kebanyakan saintis sebagai penyebab utama proses penuaan dan penyakit merosot) adalah atom oksigen yang bercas positif (O+). Atom oksigen nasen (O-) adalah tertarik kepada atom oksigen bercas positif (O+), membentuk molekul oksigen tulen (O 2 ) pada tahap sel yang mana ia diperlukan.

Bagaimanakah CELLFOOD berlainan daripada produk oksigen yang lain?
Banyak produk oksigen lain akan membanjiri badan kita dengan oksigen, selalunya menghasilkan radikal bebas oksigen yang berbahaya. “Pembebasan spesies oksigen yang reaktif ini akan menyebabkan kecederaan oksidatif kepada sistem biologi seperti lipid yang terdapat dalam membran sel, dan protein yang terdapat dalam saluran darah dan tisu miokardio.” (Profesor Ashim Ghatak dan Mahesh Chandra: Perubatan Pelengkap, m/s. 13, vol. 4, no. 1, 1998). CELLFOOD sebenarnya mengikatkan dirinya dengan radikal bebas yang berbahaya dan membekalkan badan dengan oksigen tulen yang boleh dibebaskan terus kepada sel.

Bagaimana saya mengambil CELLFOOD?
CELLFOOD adalah pekatan cecair, yang diambil secara oral dengan mencampurkan beberapa titik (lihat label individu bagi cara penggunaan) dalam air tulen. Jika air paip digunakan, CELLFOOD akan mula dengan menulenkan air itu dan kebaikan yang diterima daripada CELLFOOD akan berkurangan. CELLFOOD mempunyai sedikit rasa lemon masam yang dinikmati kebanyakan orang. Sesuai diambil bersama air atau jus kegemaran anda.

Bolehkah saya terkena dos berlebihan dengan CELLFOOD?
Tidak. CELLFOOD adalah nutrien tambahan yang dirumus daripada bahan semula jadi. Badan hanya menggunakan apa yang diperlukan, dan menyingkirkan yang selebihnya melalui sistem perkumuhan.

Bagaimana jika saya tidak nampak hasilnya?
Ada kalanya, seseorang tidak sedar akan ‘kerja’ CELLFOOD pada tahap sel. Mereka yang pada mulanya tidak nampak sebarang hasil daripada pengambilan CELLFOOD kemudiannya melaporkan tahap kolesterol dan tahap tekanan darah mereka telah turun selepas pemeriksaan badan. Terdapat juga laporan yang sama dalam pemulihan tahap gula dalam darah dan asid urik. Sebagai tambahan, CELLFOOD telah direka khas untuk meningkatkan frekuensi semua organ untuk membolehkannya menentang virus, bacteria dan parasit yang berfrekuensi lebih rendah. Peningkatan sistem imun ini membantu badan menentang mikroorganisma yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Adakah kita dianggap ‘menipu’ jika menggunanya semasa pertandingan sukan?
Tidak. CELLFOOD diperbuat daripada bahan semula jadi terbaik, yang tidak terdapat dalam senarai ‘bahan diharamkan’ yang dikeluarkan dan dikawal oleh Persatuan Atlet Amatur.

Bagaimana jika saya sedang mengambil ubat lain?
CELLFOOD boleh digunakan bersama nutrien tambahan atau ubat lain kerana ia meningkatkan kebolehdapatan biologi bahan lain ini, membolehkan badan menggunakannya dengan lebih berkesan. Ramai pengguna CELLFOOD telah melaporkan penurunan beransur-ansur dalam keperluan mereka mengambil ubat, dalam tempoh beberapa minggu atau bulan selepas pengambilan secara berterusan (CELLFOOD). Jika anda hamil atau berada di bawah penjagaan kesihatan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

MAKLUMAT UJIAN PRODUK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *